Sabtu, 31 Mac 2012

Harapan seorang WANITA

"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku."

ber-Poligami

"Poligamilah bila poligami menguatkan lagi cinta kepada Allah, menyebarkan cinta dan menyemarakkan rindu lagi pada Rasulullah."

Kamu nikahi si dia (suami) kerana agamanya. Dia mampu dan dia adil selama dengan kamu. Mengapa takut dimadu? Kata cinta dia kerana agamanya. Poligami juga dari agama. Redhalah kalau mengaku pencinta agama.

Kenapa nak remehkan poligami sedangkan Rasulullah juga berpoligami? Remehkan rumahtangga Rasulullah ke? Kenapa letak hujjah bertubi-tubi seolah-olah poligami suatu yang menakutkan, salah dan menjelikkan?

Alhamdulillah jika suami pilih untuk kekal beristeri satu. Alhamdulillah jua bila suami nak lebih dari itu. Janji dia adil dan mampu.

Kenapa Bertudung???

(Soalan)
Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?

(Jawapan - Ustaz Azhar Idrus)

Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-Nya.

~IKHLAS HARUS DIUSAHAKAN BKN DITUNGGU~