Jumaat, 27 Mei 2011

ALIF, BA, TA, THA, JIM…


Pada satu pagi Jumaat, Ustaz Abdullah Mahmood, pendakwah tanah air menaiki teksi ke tempat kerjanya.  Dia duduk di kerusi belakang.  Entah macam mana pagi itu dia menyapa pakcik yang sudah dalam usia 60-an.

“Pakcik boleh baca Quran?”.  Terkejut si pemandu teksi itu.

“Nak, inilah pertama kali orang naik teksi tanya pakcik macam ni.”  Lelaki itu bersuara agak keras kerana terkejut.

Ustaz jadi serba salah, entah kenapa pagi itu soalan itu terpacul dari mulutnya.

“Sebenarnya pakcik, bila saya lihat belakang badan pakcik, iras macam arwah ayah saya.  Selalunya waktu-waktu pagi Jumaat macam ni ayah saya mengaji Quran.  Maaf ya pakcik.”  Lembut nada suara ustaz.

Sepanjang perjalanan mereka tak bercakap.  Masing-masing melayan fikiran.  Sampai di kawasan pejabat, ustaz membayar harga perjalanan dan menghulurkan kad nama.

“Bila-bila pakcik senang, jemput datang ke pejabat saya.”  Ustaz berjabat tangan dengan pakcik teksi.

Seminggu selepas pertemuan, pakcik teksi itu datang ke pejabat ustaz.  Syukur Ustaz Abdullah ada di pejabat.

“Boleh saya tahu siapa pakcik ni”, tanya Ustaz Abdullah ketika pakcik itu menghulurkan tangan padanya.

“Ustaz, ingat tak minggu lepas ustaz ada naik teksi pakcik.  Ustaz tanya pakcik tentang mengaji Quran.  Ustaz kata belakang saya macam belakang arwah ayah ustaz.”

“Oh, ya.  Maaflah pakcik, ramai sangat yang datang, saya tak cam.”  Ustaz Abdullah juga seorang guru Quran kepada murid-murid ‘tua’ yang ada kesedaran hendak belajar Quran.

“Apa boleh saya bantu pakcik?”  Tanya ustaz pada pakcik teksi yang sudah duduk di depannya.

“Begini, selepas ustaz tanya pada pakcik tentang mengaji Quran hari tu, pakcik terus balik rumah.  Seminggu pakcik tak bawa teksi, seminggu pakcik duduk di rumah.  Seminggu pakcik asyik memikirkan tentang diri pakcik.”

“Tentang apa?”



“Pakcik sebenarnya memang langsung tak pandai mengaji Quran.  Jadi pakcik datang ni nak belajar mengaji dari bawah.  Nak kena bawa Quran ke?”  Bergenang air mata pakcik sebak meluahkan perasaan yang telah seminggu terbuku di hati.

“Tak payah pakcik, di sini kami ada kitab.  Kita boleh belajar bersama,” kata Ustaz sambil membuka Muqaddam.

“Saya baca pakcik ikut, alif..,ba..,ta..,tha..,jim..”

“Alif, ba, ta, tha…”

Sampai huruf jim, pakcik terdiam lama.

Ustaz terkejut, takut-takut ada sesuatu yang tak kena.  Pakcik tunduk dan
menangis teresak-esak.

“Pakcik tak tahu baca Quran, pakcik tak tahu…” Ustaz dipeluknya erat.  Rasa bagai seorang ayah yang memeluk anaknya.  Dia terlalu sebak rupanya.

Sejak dari peristiwa itu, pagi-pagi lagi pakcik datang 15 minit belajar sebelum bawa teksi.  Dialah murid tua yang paling awal datang.  Setiap malam selepas solat Maghrib, dia akan menguncikan dirinya di dalam bilik membaca Muqaddam perlahan-lahan.  Perkara ini dirahsiakan dari isteri dan anak-anak.  Alhamdulillah selepas empat bulan, dia sudah boleh membaca Quran dengan baik.  Suatu malam isterinya yang sedang memasak di dapur terdengar suara orang mengaji dalam bilik, isteri suruh anaknya intai.

“Mak, ayah baca Quran,” bisik anaknya.

“Ayah kamu baca Quran?  Hish…mak tak percaya, ayah kamu mana reti baca Quran.  Mak kenal sangat dengan ayah kamu tu.”

“Betul mak…”

Api dapur ditutup.  Kedua-dua beranak ini menghendap perlahan-lahan masuk ke dalam bilik.  Alangkah terkejut suami apabila melihat isteri dan anaknya di belakangnya.  Isteri terus memeluk suaminya dengan linangan airmata keharuan.  Esoknya Ustaz Abdullah terkejut apabila melihat hidangan pulut kuning dan rendang terletak di atas meja pejabatnya.

“Ustaz, ada seorang makcik datang pagi-pagi lagi hantar pulut.  Dia kata dia isteri pakcik teksi tu.”  Beritahu seorang staf ustaz.

Beberapa hari kemudian, isteri pakcik itu datang lagi dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas bimbingan ustaz.  Baginya inilah nikmat kehidupan sebenar yang sangat-sangat dirindui apabila suaminya sudah menjadi pengamal al-Quran.*

MUTIARA KATA


malu itu menjadi seorang muslimat itu seperti mawar berduri... hadir cinta tika melihat mawar yang mewangi, tetapi, hadir tanggungjawab tika memegang mawar yang berduri...(",)

JANGAN...


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

TEGUR ATAU DIAM?


TEGUR ATAU DIAM?

APA yang kita lakukan apabila melihat seorang rakan melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya?  Adakah kita hanya akan berdiam diri, lihat sahaja atau mengambil usaha untuk menegurnya?

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah kan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya.” (Riwayat Abu Daud & Tarmidzi)

Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa).  Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata-mata tetapi terhadap semua anggota masyarakat.

Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial.  Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain, tetapi sebaliknya untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.

Peranan seorang Muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana itu seolah-olah menunjukkan bahawa mereka reda dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.

WANITA YANG BERSALAMAN DENGAN LELAKI


WANITA YANG BERSALAMAN DENGAN LELAKI

INI merupakan kesalahan yang selalu berlaku di kalangan kaum wanita ketika bertemu dengan lelaki yang bukan mahramnya.  Sudah menjadi tradisi masyarakat yang telah banyak melanggar hukum-hukum Allah.  Banyak dapat kita lihat, seorang wanita yang bersalaman dengan anak pakcik, anak makcik, saudara ipar dan rakan kerjanya, ia lebih mudah daripada meminum segelas air.

Jika dia melihat dengan jelas bahaya yang boleh terjadi, maka sudah tentu dia tidak akan melakukannya.  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

“Lebih baik seseorang menusukkan jarum besi di kepala salah seorang di antara kamu daripada bersentuhan dengan wanita yang tidak halal baginya.”

Tidak diragui lagi bahawa ini merupakan zina tangan, seperti yang disabdakan Nabi s.a.w.,  “Kedua-dua mata ini melakukan zina dan kedua-dua tangan ini melakukan zina…”

Apakah ada seseorang yang lebih suci daripada Nabi?  Baginda berkata, “Aku tidak pernah bersalaman dengan wanita.”  Dalam sahih Muslim.  Aisyah berkata, “Dan tidak!  Demi Allah belum ada seorang wanita pun yang menyentuh tangan Rasulullah, walaupun baginda sedang membaiat mereka, namun baginda melakukannya dengan perkataan.”

Hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dan tidak mendengar seruan yang menyesatkan dengan alasan bahawa niat yang dilakukan adalah baik.  Tidak ada niat yang baik dan suci, kecuali baginda Rasulullah s.a.w.

Hendaklah juga diketahui bahawa dengan berlapik tangan ketika bersalaman, tidak mengubah hukum, malah ini tetap perbuatan yang diharamkan.

Please support this web...

Seminar Usahawan Internet
Dapatkan Komisen Mudah Dan Percuma! RM 1 Untuk Setiap Peserta Seminar Usahawan Internet Yang Mendaftar Menggunakan Affiliate Link Anda.

Selasa, 10 Mei 2011

Sekadar Perkongsian....###

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

betul ke sume lelaki cam2?