Khamis, 29 Disember 2011

Sabtu, 24 Disember 2011

ISU "HARI NATAL" (KRISMAS)

maaf ye kalau soalan saya lari dr tajuk cikit..

saya ada kemusykilan mengenai ucapan 'selamat hari natal' or 'merry krismas' kepada kenalan beragama kristian..

''Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH
 yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH '' sumber copy n paste..

saya harap ustaz jelaskan cikit hukumnya..saya percaya semperna hari natal ni..ramai pelawat web site ustaz nk tahu mengenainya..

terima kasih.. :-? :-?

UZAR : Hukumnya bergantung kepada keadaan setempat dan individu. Syeikh Al-Qaradawi berfatwa harus bagi warga Muslim di Eropah khususnya, manakala Ulama Saudi fatwa haram secara keseluruhan. Saya cenderung kepada haram tetapi hukum itu masih flexible melihat kepada keadaan dan suasana. Ia merupkaan isu furu' dalam Fiqh dan Aqidah.



*UZAR: USTAZ ZAHARUDDIN.NET

Jumaat, 23 Disember 2011

TIPS UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN




 Solat merupakan tiang agama. Solat juga merupakan paksi kejayaan dan teras kehidupan. Manakala study atau menuntut ilmu merupakan senjata kita untuk berhadapan dengan masyarakat yang lebih kompleks dan dunia pendidikan. Ettapi, kaedah study yang bagaimanakah penentu kejayaan diri, pengukur kematangan dan nilai intelek seseorang?

Jika diterjemah dan ditafsirkan 'study' mengandungi makna yang tersirat iaitu solat, tawakkal, usaha, doa dan yakin. Jika lima perkara ini sempurna dan syumul, maka insya-allah kejayaan berada di genggaman. Berikut merupakan beberapa teknik pembelajaran cemerlang. semoga ianya berguna dan dapat sama sama kita amalkan agar generasi yang bakal menerajui kepimpinan islam akan lahir kelak.... Insya-Allah.


1. Niat (kerana Allah swt)

2. Berwuduk - sebelum memulakan study sebagai benteng daripada anasir luar sebagai pendinding, mudah memberi tumpuan
                      
3. Kebersihan diri - mandi menjamin keselesaan

4. Tempat study - meja menghadap kiblat

5. Tertib - belajar berbudayakan peperiksaan 1/2 jam pertama sahaja ilmu akan masuk belajar dengan disiplin, tiada makan dan minum

6. Toma'ninah - berhenti seketika (10 minit)
            - hilangkan stress dan mengantuk
           - dengan cara mengambil angin dan melihat angin

7. Berjamaah - muslimah mesti ramai
           - muslimin mesti sedikit
           - tempat tertutup

8. Berdoa
 - selalu berdoa & tambah usaha untuk subjek tidak diminati
            - teruskan usaha untuk subjek yang diminati

ADAKAH AKU SOMBONG?

Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat..

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui..

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah..

renungkanlah...