Sabtu, 24 Disember 2011

ISU "HARI NATAL" (KRISMAS)

maaf ye kalau soalan saya lari dr tajuk cikit..

saya ada kemusykilan mengenai ucapan 'selamat hari natal' or 'merry krismas' kepada kenalan beragama kristian..

''Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH
 yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH '' sumber copy n paste..

saya harap ustaz jelaskan cikit hukumnya..saya percaya semperna hari natal ni..ramai pelawat web site ustaz nk tahu mengenainya..

terima kasih.. :-? :-?

UZAR : Hukumnya bergantung kepada keadaan setempat dan individu. Syeikh Al-Qaradawi berfatwa harus bagi warga Muslim di Eropah khususnya, manakala Ulama Saudi fatwa haram secara keseluruhan. Saya cenderung kepada haram tetapi hukum itu masih flexible melihat kepada keadaan dan suasana. Ia merupkaan isu furu' dalam Fiqh dan Aqidah.



*UZAR: USTAZ ZAHARUDDIN.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan