Jumaat, 27 Mei 2011

WANITA YANG BERSALAMAN DENGAN LELAKI


WANITA YANG BERSALAMAN DENGAN LELAKI

INI merupakan kesalahan yang selalu berlaku di kalangan kaum wanita ketika bertemu dengan lelaki yang bukan mahramnya.  Sudah menjadi tradisi masyarakat yang telah banyak melanggar hukum-hukum Allah.  Banyak dapat kita lihat, seorang wanita yang bersalaman dengan anak pakcik, anak makcik, saudara ipar dan rakan kerjanya, ia lebih mudah daripada meminum segelas air.

Jika dia melihat dengan jelas bahaya yang boleh terjadi, maka sudah tentu dia tidak akan melakukannya.  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

“Lebih baik seseorang menusukkan jarum besi di kepala salah seorang di antara kamu daripada bersentuhan dengan wanita yang tidak halal baginya.”

Tidak diragui lagi bahawa ini merupakan zina tangan, seperti yang disabdakan Nabi s.a.w.,  “Kedua-dua mata ini melakukan zina dan kedua-dua tangan ini melakukan zina…”

Apakah ada seseorang yang lebih suci daripada Nabi?  Baginda berkata, “Aku tidak pernah bersalaman dengan wanita.”  Dalam sahih Muslim.  Aisyah berkata, “Dan tidak!  Demi Allah belum ada seorang wanita pun yang menyentuh tangan Rasulullah, walaupun baginda sedang membaiat mereka, namun baginda melakukannya dengan perkataan.”

Hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dan tidak mendengar seruan yang menyesatkan dengan alasan bahawa niat yang dilakukan adalah baik.  Tidak ada niat yang baik dan suci, kecuali baginda Rasulullah s.a.w.

Hendaklah juga diketahui bahawa dengan berlapik tangan ketika bersalaman, tidak mengubah hukum, malah ini tetap perbuatan yang diharamkan.

1 ulasan:

  1. salam.

    sorry to say buy title "wanita yg bersalaman dgn lelaki" tu mcm berat sebelah.

    TQ :)

    BalasPadam